Hadiah rumah RM100 juta Kontroversi Najib Razak

Pada 18 November 2021, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengesahkan kabinet menerima permohonan daripada Najib untuk mendapatkan hartanah bernilai RM100 juta di ibu negara. Bercakap semasa sesi penggulungan di Dewan Rakyat, Tengku Zafrul berkata, maklumat berkaitan rumah dan hartanah tersebut tidak dimasukkan ke dalam Bajet 2022 kerana permohonannya dibuat selepas pembentangan. Tengku Zafrul menjawab soalan yang dikemukakan Mahathir bin Mohamad yang meminta dia menjelaskan mengapa Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 tidak menyentuh mengenai hartanah berkenaan.[119]

Bagaimanapun jawapan itu menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parlimen pembangkang.

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim antaranya mahu bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob bagi membincangkan semula Memorandum Persefahaman (MOU) antara kerajaan persekutuan dan Pakatan Harapan (PH), susulan tindakan kerajaan itu.[120]

Mahathir bin Mohamad juga membantah keras keputusan itu. Dia berhujah Najib tidak layak mendapatkan pemberian itu kerana disabitkan bersalah dalam kes rasuah melibatkan anak syarikat 1MDB, SRC International.

Pada 19 November 2021, Najib menarik balik permohonannya untuk mendapatkan hartanah didakwa bernilai RM100 juta yang layak dipohon oleh bekas-bekas perdana menteri. Katanya, beliau membuat keputusan itu dengan mengambil kira keadaan rakyat yang berdepan saat sukar.[121]

Pada 7 Mac 2022, Mahathir mendakwa Najib menulis surat kepada kerajaan supaya diberikan sebidang tanah bagi menghargai jasanya sebagai bekas pemimpin nombor satu negara. Jelas Mahathir, Najib menulis surat tersebut selepas mengenal pasti sebidang tanah yang diingininya itu.[122]

Rujukan

WikiPedia: Kontroversi Najib Razak http://www.abc.net.au/news/2015-07-29/malaysia-pm-... http://www.channelnewsasia.com/news/asiapacific/ma... http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2... http://abcnews.go.com/International/wireStory/mala... http://www.reuters.com/article/2015/07/24/us-malay... http://www.theguardian.com/world/2015/jul/20/saraw... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/articl... http://www.malaysianbar.org.my/press_statements/pr... https://www.asiaone.com/malaysian-pm-najib-razak-n...